
Nama penuh aku ialah ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDUL WAHAB. Aku dilahirkan pada jam 5.40 pagi, hari Selasa, 29 Januari 1974 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Ayah aku, HAJI ABDUL WAHAB BIN SULAIMAN meninggal dunia semasa aku berumur 2 tahun iaitu pada tahun 1976. selepas itu tinggallah aku bersama emak aku, HAJJAH SALEHA BINTI ABDUL SAMAD bersama 10 orang lagi adik beradik aku yang lain.
Dari penceritaan emak dan adik beradik aku, aku sememangnya seorang yang nakal semasa membesar. Namun kenakalan aku itu hanya pada tempatnya dan ada hadnya. Walaupun sebegitu, kerap kalu juga aku dimarahi oleh emak aku kerna terlebih nakal hehehe. Setelah adik beradik aku yang lain berumah tangga, mereka pindah ke rumah lain bersama pasangan mereka. lama kelamaan isu rumah kami berkurangan.
ZAMAN PERSEKOLAHAN
Aku memilih untuk tidak memasuki sekolah tadika kerana aku rasa pada masa itu hanya membuang masa sahaja. lagipun aku mempunyai adik beradik yang ramai yang sering mengingatkan aku serta memaksa aku belajar hehehe. Lagipun aku tidak sampai hati untuk meninggalkan emak yang keseorangan dirumah jka aku bersekolah tadika.
Pada tahun 1981, aku memulakan alam persekolahan aku di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney (1) Kuala Lumpur. Oleh kerana adik beradik aku ramai yang masih bersekolah pada masa itu, aku bersama abang abang dan kakak aku berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 10 km dari rumah kami. Setiap pagi kami akan meredah kegelapan subuh untuk sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.
Namun semua itu tidak menjadikan aku kalah kepada keadaan. Aku sering membuat sesuatu yang baik kepada yang lebih baik. Pendek kata, dengan kecerahan kulit aku dan kesihatan tubuh badan aku, aku sering disalah anggap sebagai anak orang yang berada. Manakan tidak, pakaian sekolah aku yang hanya dua pasang itu aku jaga dengan elok supaya tidak comot atau kotor. Setiap kali pulang dari sekolah akan aku sangkut seragam sekolah ku ditempat sepatutnya. Aku juga seorang yang rajin. Untuk meringankan bebanan kerja rumah emakku, aku sering membasuh & menggosokkan pakaian sekolah aku.
Disekolah, aku boleh dikategorikan sebagai murid yang menonjol baik dari segi akademik maupun ko-kurikulum. Aku sering mendapat nombor teratas di dalam kelas, itupun jika aku masuk ke kelas kedua. Tetapi apabila aku masuk ke kelas pertama, nombor aku adalah yang tercorot. Entah mengapa agaknya. Mungkin semasa di kelas kedua, aku ingin menunjukkan kepada bebudak kelas pertama bahawa akami juga pandai seperti mereka. Begitu juga sebaliknya apabila aku masuk ke kelas pertama, aku rasa aku dah tak perlu belajar lagi hehehe
Semasa ujian Penilaian Darjah Lima, aku mendapat keputusan yang agak baik iaitu 4 A dan 1 B. Agak baik jika nak dibandingkan dengan kawan kawan sepermainan ku. Semasa di darjah enam, aku seolah olah lupa tentang pelajaran. Ini kerana aku aktif bersukan dan berpersatuan. Aku aktif dalam persatuan pengakap semenjak aku di dalam darjah tiga. Di darjah enam, aku bersama-sama kawan kawan aku aktif didalam segala jenis sukan dan kami semua mewakili sekolah dalam permainan bolasepak, hoki & sepaktakraw. Pendek kata, sepanjang tahun kami jarang jrang masuk ke kelas kerana mewakili sekolah. Kehebatan aku lebih terserlah di dalam permainan hoki.
Pada tahun 1987, aku menjengah ke alam sekolah menengah. Aku memilih Sekolah Seri Ampang, Kuala Lumpur kerana lokasinya berdekatan dengan rumah. Aku memilih jurusan Seni Perusahaan kerana aku sememangnya berminat dengan pertukangan tangan. Aku juga semasa di tingkatan satu telah dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas. Disamping itu juga, aku mula aktif dalam pengakap sebagai Ketua Patrol. Bayangkan, dengan minat yang begitu mendalam, aku sanggup memekai kemeja kelabu abang aku, seluar biru sekolah rendah aku, kasut sekolah yang aku cat warna hitam semata-mata untuk mengikuti aktiviti pengakap. Aku bernasib baik kerana mendapat kawan dan pemimpin pengakap yang tidak memandang kebendaan apabila bersama. Ditahun ini juga aku dipilih sebagai Ketua Rumah Sultan. Tahun ini juga aku terpilih untuk menjadi DUTA MUHIBBAH kepada rombongan para pelajar dari AKINAWA WARD, JEPUN. Seronok tidak terhingga sungguh tahun ini.
Naik ke tingkatan 2, aku telah dilantik sebagai PENGAWAS SEKOLAH. Aku juga semakin aktif berpengakap. Berbagai perkhemahan aku sertai, dekat dan jauh. Aku juga mula menyertai pasukan hoki sekolah dan berjaya menempatkan nama dalam pemilihan pasukan hoki bawah 15 tahun Wilayah Persekutuan. Ku rasa tahun ini juga sangat meriah kerana aku semakin dikenali baik di dalam sekolah maupun di luar sekolah.
Naik ke tingkatan 3, aku semakin aktif di dalam dan luar waktu sekolah. Kegiatan berpengakap seperti biasa malah pemimpin aku pernah memberitahu aku, jika tiada pemimpin lain yang layak, aku akan dinaikkan sebagai salah seorang dari AJK persatuan tersebut. Nak dikata aku tak hensem, menipu la pulak kan. Dah rezeki badan. Tu yang berbondong-bondong insan nak bekenalan ngan aku tuh hehehe. Tahun ini juga tahun aku menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Alhamdulillah, keputusan aku dikira bagus juga segingga melayakkan aku mendapat tempat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
Aku antara pelajar terawal mendapat tawaran tetapi aku tidak mahu meninggakan sekolah kerana ramai guru dan kawan² yang aku kenali ada di situ. Aku juga telah di'warta'kan akan menjawat jawatan KETUA PENGAWAS, KETUA KUMPULAN PENGAKAP PERTAMA TITIWANGSA, KETUA RUMAH SUKAN SULTAN serta berbagai lagi jawatan yang dijanjikan kepada aku jika aku kekal belajar disitu. Mulanya aku bersetuju dan menyimpan sahaja tawaran tersebut. Disaat-saat akhir, ramai pula kawan² yang lain bersetuju untuk berhijrah termasuklah kawan² rapat aku. Ceit! ... ini tak boleh jadi nih. Mau bosan aku nanti belajar disitu. Lalu aku pun mengambil keputusan untuk berhijrah juga.
Tahun 1990 aku memulakan pembelajaran aku di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR (SMTKL). Sekolah yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Aku belajar menyesuaikan diri di tempat batu bersama kawan yang lain. Aku memilih aliran AWAM yang mirip kepada bidang arkitek. Aku gagal mendapat tempat di asrama jadi aku terpaksa berulang alik setiap hari sehingga aku sanggup pulang lewat dari sekolah kerna menghabiskan kerja sekolah bersama rakan yang duduk di asrama. Walaupun begitu, aku tetap memohon untuk memasuki asrama.
Mujurlah PERGERAKAN PENGAKAP 03 SUNGAI BESI aktif lalu aku mendaftarkan diri. Bersama ahli pengakap, kami banyak menjalankan aktiviti baik di dalam sekolah maupun diluar sekolah. Bertolak dari sini juga aku mula diperkenalkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan, TUAN AZIZ MAJID, bekas pembantu hospital yang ditahan di Penjara Pudu. KEM MERAK DI RIMBA menjadi rumah kedua aku dihujung minggu.
Permohonan aku untuk tinggal di asrama akhirnya diterima. Maka bermulalah kehidupan yang lebih tragis dan dasyat. Senior aku saban waktu minta dihormati ibarat tuan besar. Aku juga seolah-olah belajar untuk meneruskan hidup disitu dengan cara menipu. Bersam rakan yang lain, kami seolah-olah melalui zaman darurat atau boleh dikatakan di dalam hutan tebal kerana tidak tahu apa yang akan menanti dikiri kanan serta depan belakang kami. Mujurlah sikap kerjasama kami berjaya melepaskan kami walaupun ada yang tercicir kerana tidak tahan.
Semasa pemilihan awal untuk jawatan AJK di dalam pengakap, aku telah tidak terpilih kerana sifat semulajadi aku tidak suka berkompromi untuk melakukan sesuatu. namun perkhemahan di Kuala Woh Perak telah membukakan mata senior aku bahawa aku layak memimpin sebuah organisasi aktif. malah cara aku memompin serta mengurus mendapat pujian dari mereka. Maka rakan aku yang telah dilantik terpaksa melepaskan jawatan tersebut atas desakan para senior. Walaupun tidak sampai hati, aku terima juga jawatan sebagai SETIAUSAHA PENGAKAP TIKL 9091 yang aku anggap jawatan yang amat besar di sekolah.
Masuk tahun 1991, sebuat tahun yang tidak akan dapat dilupakan oleh ahli pengakap aku kerna persatuan kami telah DIHARAMKAN oleh pihak sekolah kerana didakwa gagal mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Apa yang kami lakukan hanyalah melanggar tradisi pihak sekolah pada setiap kali pendaftaran pelajar baru bermula. Ahli pengakap akan bertugas pada hari tersebut. namun kami amat berang dengan pentadbiran sekolah yang seringkali menolak permohonan kami untuk menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah. Setelah satu mesyuarat dijalankan, kami sebulat suara untuk tidak bertugas pada hari pendaftaran pelajar baru yang mana membawa kepada pengharaman kami.
Bukan itu sahaja, aku sebagai setiausaha telah dinaik taraf sebagai PENGHASUT kepada ahli lain dan akan dibuang sekolah. Aku juga diberitahu akan didakwa dibawah AKTA HASUTAN. kelakar bukan? ... Namun, kebenaran terbentang juga apabila tidak seorangpun yang mengatakan aku sebagai penghasut malah keputusan adalah sebulat suara. Kami digantung dari menjalankan aktiviti selama 4 bulan namun tempoh 4 bulan itu telah membuatkan kami seperti sebuah persatuan hidup segan mati tak mahu. Ditambah pula dengan krisis dalaman diantara pelajar Putera dan Puteri mengeruhkan lagi keadaan. Dan aku sebagai setiausaha sedikit sebanyak harus dipersalahkan kerana lambat mengesan masalah tersebut.
Setelah selesai segala krisis dalaman dan pengharaman kami ditarik balik, kami berusaha mencari ahli baru namun ianya kurang bermakna kerana ramai pelajar baru telah pun mendaftar masuk ke dalam persatuan lain. Namun masih ada lagi pelajar yang 'hardcore' kepada aktiviti pengakap menanti dengan sabar saat keahlian baru dibuka kembali. Walaupun lewat, lama kelamaan bilangan pelajar baru semakin bertambah menyertai pengakap kerana keaktifan pergerakan kami walaupun baru diaktifkan semula.
Namun oleh kerana masa yang amat singkat, kami para AJK lama terpaksa menyerahkan kepimpinan persatuan kepada AJK baru dan disinilah cabaran kami bermula. Namun aku sebagai setiausaha telah melancarkan satu program yang dinamakan "KENALI SENIOR PENGAKAP ANDA" dimana pelajar baru mesti mencari sebanyak mungkin ahli² pengakap senior yang diletakkan senarai nama di papan kenyataan kami. Setiap seorang pelajar senior akan diberikan markah. Antara lain pelajar senior perlu memberi komen samada pelajar baru tersebut layak atau tidak layak menjadi AJK baru. Markah bonus diberikan jika para pelajar baru berjaya mendapatkan komen pelajar lama yang namanya tiada dipaparkan di papan kenyataan kami.
Walaupun aktiviti ini berlangsung diluar waktu kami, namun sambutannya amat menggalakkan kerana kami menjadi semakin rapat dan mesra kembali dan berbagai peristiwa terjadi semasa pelajar junior ingin mendapatkan komen dari pelajar senior. Namun kami terpaksa memilih mereka yang berkualiti sahaja untuk memimpin pergerakan teraktif di sekolah ini.
Selepas penyerahan tugas, aku meneruskan pembelajaran ku walaupun kadangkala aku sering turun menyertai aktiviti yang dilakukan oleh AJK baru. "Sekali Berpengakap Terus Berpengakap" la beb!
SPM menjelang dan aku menghadapinya dengan tabah. Maka tamatlah sudah ceritera aku untuk zaman persekolahan ini.
SELEPAS ZAMAN PERSEKOLAHAN
Sementara menunggu keputusan SPM, aku bekerja di Yaohan The Mall. Seronok tak terkata apabila berjaya memegang duit hasil dari usaha sendiri. Dan semasa bekerja disinilah emak ayg aku sayangi telah pergi menyambut panggilan Illahi. Emak memamg mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Namun emak sentiasa berjaga-jaga terhadap pemakanannya dan sering ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Namun kerana hendak mersa satay daging yang sudah lama tidak dirasai, emak terlantar di hospital selama 4 hari dengan bantuan pernafasan. Akhirnya, atas nasihat pihak hospital, emak di bawa pulang untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir dikelilingi oleh 10 orang anak kesayangannya. Aku terpaksa meneruskan kehidupan tanpa emak namun mujurlah sokongan adik beradik dan kawan² berjaya membantu aku meneruskan hidup.
Juga semasa disinilah aku berjumpa dengan bakal suri hidupku.