Sabtu, 19 November 2011

TERIMA KASIH SK PANDAN INDAH!

Akhirnya, berakhir sudah era Sekolah Kebangsaan Pandan Indah kepada kami sekeluarga ... Banyak kenangan pahit manis dilalui bersama ... berbagai xtvt d jalankan tanpa mengira masa, tenaga maupun wang ringgit ... segalanya dilakukan demi kerana minat dan demi melihat anak2 SKPI menjadi insan berguna d suatu hari nanti ...

Galakan demi galakan d beri kepada anak2 yang kurang dari segi akademik tetapi berbakat dalam bidang kokurikulum ... kate2 nasihat seperti 'masih ada yang sayang' dan 'percaya dan yakin pada kebolehan diri sendiri' seringkali bermain d bibir pabila melihatkan anak2 ini seperti dahagakan kasih sayang dari kedua ibubapa ...

buat semua cgu2 Sekolah Kebangsaan Pandan Indah seperti Cgu Azrai, Cgu Yahya, Cgu Azhari Mat Daud, Cgu Mohd Ramadhan Nik Abdullah, Cgu Noorhazra Faizan, Cgu Zaima, Cgu Halida dan cgu2 lain, jasa cgu semua tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna ... Maaf jika kehadiran kami merencatkan urusan perjalanan sekolah ...

Kepada guru2 yang membantu ... Di kala insan lain berputus harap, memandang sepi dan tak ambil peduli ... Dikau teguh menuai keyakinan, tabah menggarap peluang & sabar membimbing anak2 ini ... Bumi bertuah SKPI menjadi saksi ... anak2 ini akan pasti kembali menunai janji!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers