Aku xkn tgglkn ko kwn!
Sukacita dimaklumkan bahawa SAYA telah berpindah secara RASMI dari Pandan Indah pada hari ini Ahad, 25 Mac 2012 @ 0945 pagi.
Banyak kenangan manis di rumah2 yang saya duduki iaitu di Flat Blok AM dan juga di Jalan Bunga Matahari 2. Adalah tidak mudah untuk mendapat jiran tetangga seperti yang saya temui dan kenali selama 12 tahun menetap di sana (September 1999 hingga Mac 2012).
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari jika ada sebarang keterlanjuran kata maupun perbuatan yang tidak disangka-sangka mengguris hari dan perasaan tuan/puan.
Skrg saya menetap di Seremban Negeri Sembilan dan sesiapa yang berhajat untuk ke rumah adalah amat dialu-alukan ... sila PM untuk mendapatkan alamat penuh serta peta lokasi rumah saya.
Sekian, assalamualaikum ...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan